Akaun Simpanan-i Salam Mystar
Akaun Simpanan-i Salam Mystar merupakan produk deposit atau simpanan patuh Syariah yang terbuka kepada semua warganegara yang berusia 18 tahun ke bawah.
Akaun Simpanan-i Salam Mystar
Konsep Bai' Salam
Patuh Syariah
Kelayakan
|
Portfolio Aset Dana Salam
|
Jenis Akaun | Kadar Keuntungan (%) Setahun |
---|---|
Akaun Simpanan-i Salam Mystar |
Baki sehingga RM100,000.00 = 3.00 % Baki atas RM100,000.01 = 0.05% |
Berkuatkuasa 01 Februari 2025
- Bersetuju dengan Terma dan Syarat Akaun Simpanan-i Salam Mystar (Klik di sini).
- Hanya warga emas akan diberikan buku simpanan.
- Penyata akan disediakan secara berkala sekurang-kurangnya satu kali setahun / setiap kali permohonan.
-
Konsep Syariah yang digunakan ialah Konsep Komoditi Salam menggunakan pengaturan platform Tawarruq yang berteraskan Kontrak Salam atau Kontrak Salaf atau al-Bai’ Mawsufah Fi Zimmah. Ia merupakan suatu kontrak jual beli yang mana urusniaga komoditi dilakukan atas kualiti dan kuantiti yang ditentukan dengan serah terima komoditi disandarkan kepada masa hadapan tetapi bayaran harga salam dilakukan pada waktu akad dan/atau sepanjang masa sebelum tempoh matang. Kontrak Salam diharuskan oleh jumhur ulama’ oleh semua mazhab termasuk mazhab As-Syafie sebagai suatu bentuk rukhsah daripada jenis kontrak jual beli yang biasa.
-
Dalam struktur komoditi Salam, CBP akan bertindak sebagai penjual komoditi dan pendeposit penyimpan sebagai pembeli komoditi salam. Apa-apa deposit yang diterima oleh CBP dianggap sebagai harga salam atas pesanan komoditi yang dibeli untuk diserah terima oleh CBP kepada pendeposit atau penyimpan secara konstruktif (hukmi) pada masa hadapan berdasarkan tempoh yang ditetapkan.
-
Semasa komoditi diserahkan oleh CBP pada tarikh yang ditetapkan pada setiap enam (6) bulan, pendeposit atau penyimpan bersetuju supaya CBP sebagai wakil menjual semula komoditi kepada pihak ketiga atau broker komoditi yang tertentu. Urusniaga komoditi salam akan menghasilkan tunai yang mempunyai margin keuntungan kepada pendeposit atau penyimpan pada kadar yang telah dipersetujui.
-
Semua tunai daripada urusniaga tersebut kemudiannya dijadikan sebagai harga salam untuk siri urusniaga komoditi salam bagi tempoh enam (6) bulan yang berikutnya secara berulang-ulang sehingga suatu masa yang mana akaun simpanan dikeluarkan atau tidak lagi mempunyai baki semasa melebihi had minimum (RM20.00), tidak aktif atau ditutup.
CBP akan menggunakan dana Salam ini bagi tujuan umum perniagaan CBP dalam aktiviti kewangan Islam dan perbankan Islam yang mematuhi prinsip-prinsip syariah.
Pengeluaran boleh dilakukan berulang-ulang kali tanpa penalti tertakluk kepada baki had minimum dan had maksimum pengeluaran harian.
Deposit atau simpanan dalam Akaun Simpanan-i Salam berpeluang diberikan manfaat-manfaat lain seperti Perlindungan Takaful berkelompok, khidmat penulisan wasiat, hadiah kecemerlangan (Akaun Simpanan-i Salam Mystar) dan lain-lain yang diputuskan Pihak Pengurusan CBP dari semasa ke semasa.
Akaun Simpanan-i Salam yang berstatus tidak aktif dalam tempoh dua (2) tahun dari tarikh terakhir transaksi akan menjadi akaun dorman (Dormant Account).
Wang Tak Dituntut (WTD) dalam tempoh tujuh (7) tahun jika ada apa-apa baki di bawah had minimum akan didermakan ke dalam Tabung Infaq bagi tujuan kebajikan sepertimana dipersetujui dalam Terma dan Syarat. Manakala, sebarang baki di atas had minimum akan diserahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut mengikut Prosedur Akta Wang Tak Dituntut.