Skim Pembiayaan Tabung Perumahan Bumiputera Pulau Pinang (TPBPP)

TPBPP adalah satu pembiayaan berkonsepkan Tawarruq bagi membantu Bumiputera dalam pemilikan hartanah di Pulau Pinang dengan menawarkan kemudahan pembiayaan sehingga RM300,000.00 dengan tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun. kepada pemohon yang layak.

 

SKIM PEMBIAYAAN TABUNG PERUMAHAN BUMIPUTERA PULAU PINANG
Jumlah Had Pembiayaan  Sehingga RM300,000.00
Kadar Keuntungan  4.00%
Kadar Siling 10.00%

 

  • Individu Bumiputera.
  • Pemohon yang menetap dan bekerja di Pulau Pinang Sahaja.
  • Pemohon yang bekerja sendiri atau berniaga dan dapat membuktikan pendapatan bulanan yang kukuh dan stabil.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun semasa permohonan dan tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan.
  • Tidak muflis/bankrap atau mempunyai rekod AKPK
  • Mempunyai rekod yang baik di dalam (CTOS & CCRIS) dengan Bank atau institusi-institusi kewangan lain.
  • Permohonan secara 'Bersama' adalah dibenarkan dengan bilangan pemohon tidak melebihi dua (2 orang). Pemohon-pemohon tersebut mestilah mempunyai hubungan kekeluargaan terdekat.
  • Biro Potongan Angkasa (BPA)
  • Potongan Gaji oleh Majikan (PGM)
  • Arahan Tetap
  • Cek Tertunda / Tertangguh
  • Tunai
  • Tempoh Keseluruhan Pembiayaan = Maksimum 35 tahun (420 bulan).
  • Tertakluk kepada usia pemohon iaitu tidak melebihi 65 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan.
  • Perlindungan Takaful Gadaijanji (MRTT) dan Takaful Pemilikan Rumah/Kebakaran (Houseowner/Fire Takaful) adalah diwajibkan dan boleh diambil melalui pembiayaan atau ditanggung sendiri oleh pelanggan.
  • Sumbangan takaful berdasarkan umur dan jumlah pembiayaan pelanggan.
JUMLAH PEMBIAYAAN ≤RM100,000.00 = RM 250.00
>RM100,000.00 = RM 500.00

 

  • Margin asas pembiayaan 100% + 10% (MRTT, Takaful Kebakaran, Yuran Guaman, Laporan  Penilaian Hartanah & Sekuriti Deposit)
  • Keutamaan diberikan kepada rumah kos rendah dan rumah kos sederhana yang terletak di  Pulau Pinang sahaja.

Tiada had tertakluk kepada kelayakan potongan gaji / pendapatan dan kadar nisbah hutang (DSR) yang dibenarkan

Kesemua kos adalah ditanggung oleh pemohon atau dibiayai bersama pembiayaan

Dokumen Diperlukan

  • Borang Permohonan Pembiayaan yang lengkap dan sempurna
  • Salinan Mykad Pemohon
  • Bagi Pemohon Berpendapatan Tetap :
    • Salinan Slip Gaji 3 Bulan Terkini Dan Surat Pengesahan Majikan
    • Penyata Akaun Simpanan / Bank 3 bulan terakhir (gaji dikreditkan)
    • Salinan Borang EA / Borang BE / Penyata KWSP terkini
  • Bagi Pemohon yang Tidak Berpendapatan Tetap (pemilik perniagaan / bekerja sendiri professional) :
    • Profil Perniagaan yang telah disahkan
    • Pendaftaran Perniagaan / Borang 9, 24, 49, B&D / M&A
    • Salinan Penyata Bank / Transaksi Akaun Simpanan Individu & Akaun Semasa Perniagaan 6 Bulan terkini yang telah disahkan
    • Salinan Penyata Bank / Transaksi Akaun Simpanan Individu 6 Bulan terkini yang telah   disahkan
    • Borang B terkini dan Resit Cukai
    • Penyata Kewangan Teraudit (2 Tahun Terkini)
    • Lesen / Keahlian Daripada Badan Ikhtisas Yang Diiktiraf di Malaysia yang telah disahkan
  • Salinan Perjanjian Jual Beli
  • Salinan Surat Tawaran dari pemaju
  • Salinan Geran Hartanah