Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad adalah sebuah bank koperasi yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 dan didaftarkan pada 7 Jun 1950 dengan nama asalnya "The Province Wellesley Co-operative Banking Union Limited". Pada tahun 1959 nama tersebut telah ditukarkan kepada Bank Persatuan Kerjasama Seberang Perai Berhad dan seterusnya pada tahun 1995 telah ditukarkan kepada nama Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad dan pada tahun 2014 nama tersebut telah ditukarkan kepada nama Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad.
Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Co-opbank Persatuan ke-59 pada 29 April 2018 telah meluluskan pindaan Undang-Undang Kecil (UUK) CBP yang melibatkan pertukaran nama CBP dari Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad kepada Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad.
- Keanggotaan Sukarela dan Terbuka
- Kawalan Secara Demokratik Oleh Anggota
- Penglibatan Anggota Dalam Kegiatan Ekonomi
- Kebebasan Autonomi
- Pendidikan, Latihan dan Maklumat
- Bekerjasama Di Antara Koperasi-Koperasi
- Prihatin Terhadap Komuniti
Visi
Menjadi institusi kewangan pilihan semua
Misi
Kami komited untuk menyediakan perkhidmatan kewangan kepada komuniti bagi:-
- Menawarkan solusi kewangan islam yang kompetitif
- Mengekalkan tadbir urus dan amalan perniagaan yang adil dan berintegriti
- Memacu kemakmuran ekonomi serta kebajikan ummah
- Komited dalam memastikan pengurusan sumber cekap dan kelestarian alam sekitar