Takaful CBP Protect

Takaful CBP Protect

Takaful CBP Protect adalah produk Takaful Kemalangan Diri Berkelompok khusus kepada pelanggan Co-opbank Pertama. Ianya menyediakan perlindungan selama 24 jam sehari di seluruh dunia sekiranya pelanggan CBP berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh disebabkan kemalangan diri.

  • Kadar sumbangan serendah RM0.03 sehari (pelan terendah)
  • Manfaat Takaful maksimum sehingga RM154,500.00 (pelan tertinggi)
  • Menyediakan manfaat tambahan seperti tuntutan yuran ambulans, kecederaan akibat jenayah ragut, peralatan ortopedik dan Badal Haji
  • Penyertaan boleh dibuat sama ada untuk setahun, 3 tahun atau 5 tahun..

Manfaat Takaful CBP Protect adalah seperti berikut:

Pelan A B C D E F
Manfaat-manfaat Jumlah Perlindungan (RM)
Kematian 100,000.00 70,000.00 50,000.00 40,000.00 30,000.00 10,000.00
Keilatan Kekal 100,000.00 70,000.00 50,000.00 40,000.00 30,000.00 10,000.00
Perbelanjaan Pengebumian 3,000.00 3,000.00 3,000.00 1,000.00 1,000.00 1,000.00
Perbelanjaan Perubatan 3,000.00 3,000.00 3,000.00 2,000.00 1,000.00 600.00
Perbelanjaan Penghantaran Pulang 3,000.00 3,000.00 3,000.00 2,000.00 1,000.00 tiada
Elaun Hospital/ Sehari (Sehingga 30 hari) 50.00 50.00  50.00   40.00  30.00  10.00 
Yuran Ambulans 200.00 200.00 200.00 200.00 200.00 tiada
Cedera Akibat Diragut 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 tiada
Peralatan Ortopedik 500.00 500.00 500.00 500.00 500.00 tiada
Badal Haji 3,000.00 3,000.00 3,000.00 1,000.00 1,000.00 tiada
Kadar Sumbangan (Termasuk 8% Cukai Perkhidmatan) 129.60 108.00 91.80 54.00 32.40 10.80
  • Warganegara Malaysia berumur 16 hingga 65 tahun (umur hari jadi akan datang).
  • Perlindungan terbuka kepada kakitangan beruniform seperti polis, tentera, ahli bomba dan lain-lain jika di luar waktu bertugas.