Pembiayaan Peribadi-i Profesional

 

Pembiayaan Peribadi-i Profesional

Pembiayaan Peribadi-i Profesional adalah pembiayaan patuh syariah berdasarkan konsep Tawarruq. Had pembiayaan maksimum yang ditawarkan ialah sehingga RM200,000.00 dengan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun

Sektor
Cara Pembayaran
Kadar Keuntungan %
Swasta
  • Potongan Gaji Majikan 
  • Arahan Tetap
  • Tunai
  • Perbankan  secara Atas Talian
 
1 - 10 Tahun:
3.99% (Kadar Tetap)
Minimum: RM10,000.00 
Maksimum: RM200,000.00*
 
Nota : *tertakluk kepada kelayakan dan  penilaian kredit pelanggan
Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun atau sehingga umur persaraan (yang mana lebih awal)

Terbuka kepada semua kakitangan sektor Swasta (Profesional) yang berstatus tetap dan kontrak, dengan syarat telah berkhidmat melebihi 3 bulan bagi mereka yang berstatus tetap dan 6 bulan bagi yang berstatus kontrak.

  • Warganegara Malaysia yang berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan tidak melebihi 65 tahun / umur persaraan layak untuk memohon
  • Berkhidmat di dalam Sektor Swasta sebagai Ahli Profesional seperti Doktor Perubatan, Doktor Pergigian, Doktor Perubatan Veterinar, Akauntan, Pensyarah, Jurutera, Arkitek, Ahli Farmasi, Juruukur Bahan, Pakar Optik / Optometri, Pakar Aktuari, Jurunilai Hartanah, Ahli Geologi, Peguam, Pegawai Bank dan lain-lain yang diiktiraf.
  • Pendapatan Minima adalah  RM4,000.00 sebulan.

Penjamin / cagaran tidak diperlukan

 

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Dua (2) salinan slip gaji tiga (3) bulan terkini Pemohon
  • Penyata Bank akaun gaji dikreditkan tiga (3) bulan terkini
  • Penyata KWSP
  • Surat Pengesahan Majikan
  • Bukti pensijilan / pendaftaran dengan Lembaga Perakuan / Institusi Pendaftaran Keahlian atau Sijil Perakuan Amalan Tahunan mengikut profesion dan/atau badan-badan lain yang diiktiraf:-

Profesion

Lembaga Perakuan / Institusi Pendaftaran Keahlian

Doktor Perubatan

Majlis Perubatan Malaysia / Malaysian Medical Council (MMC)

Doktor Pergigian

Majlis Pergigian Malaysia / Malaysian Dental Council (MDC)

Doktor Perubatan Veterinar

Majlis Veterinar Malaysia / Malaysia Veterinary Council (MVC)

Akauntan

  • Institut Akauntan Malaysia / Malaysian Institute of Accountants (MIA) dan/atau
  • Sijil Profesional MICPA / ACCA / CIMA / CFA

Pensyarah

Insitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) – berdaftar di bawah Agensi Kelayakan Malaysia / Malaysian Qualifications Agency (MQA)

Jurutera

Lembaga Jurutera Malaysia / Board of Engineers Malaysia (BEM)

Arkitek

  • Lembaga Arkitek Malaysia / Board of Architects Malaysia; dan/atau
  • Pertubuhan Arkitek Malaysia / Malaysian Institute of Architects
  • Insititute of Landscape Architect Malaysia (ILAM)

Ahli Farmasi

Lembaga Farmasi Malaysia / Pharmacy Board Malaysia

Juruukur Bahan

Lembaga Juruukur Bahan Malaysia / Board of Quantity Surveyors Malaysia (BQSM)

Pakar Optik / Optometrik

Majlis Optik Malaysia / Malaysian Optical Council

Pakar Aktuari

Persatuan Aktuari Malaysia / Actuarial Society of Malaysia

Jurunilai Hartanah

  • Lemaga Penilai, Pentaksir & Ejen Harta Tanah Malaysia (LPPEH) / The Board of Valuers, Appraisers, Estate Agents and Property Managers; dan/atau
  • Persatuan Penilai, Pengurus Harta, Ejen Harta & Perunding Harta Swasta Malaysia / Association of Valuers, Property Managers, Estate Agents and Property Consultants in the Private Sector, Malaysia

Peguam

Badan Peguam Malaysia / Malaysian Bar

Ahli Geologi

Lembaga Ahli Geologi Malaysia / Board of Geologists Malaysia

 

 

Bayaran Pendahuluan adalah dua (2) bulan ansuran bulanan dan jumlah tersebut akan ditolak daripada jumlah pembiayaan semasa pengeluaran dibuat dan akan dikreditkan ke dalam Akaun Pembiayaan Peribadi.