Pembukaan Penamaan Calon Sebagai Anggota Lembaga CBP Sesi 2025/2026

Dicipta:
Pembukaan Penamaan Calon Sebagai Anggota Lembaga CBP Sesi 2025/2026

PEMBUKAAN PENAMAAN CALON SEBAGAI ANGGOTA LEMBAGA CBP SESI 2025/2026

Perwakilan Co-opbank Pertama (CBP) yang berminat dan memenuhi kelayakan adalah dipelawa untuk mengisi dua (2) kekosongan Anggota Lembaga CBP bagi sesi 2025/2026 seperti syarat yang diperuntukan di bawah Fasal 36 (a) Undang-Undang Kecil CBP iaitu perwakilan yang dipilih dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan dan kekosongan di bawah Fasal 36 (b) Undang-Undang Kecil CBP iaitu anggota atau perwakilan yang dinamakan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

  1. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang-borang yang berkaitan dengan memuat turun borang di bawah:

 

  1. Borang Calon Lembaga CBP

 

  1. Borang Permohonan Pencalonan

 

  1. Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang)

 

  1. Salinan Sijil Modul Wajib Pendidikan dan Latihan

 

  1. Laporan CCRIS

 

  1. Laporan Semakan SPeKAR

 

  1. Laporan CTOS

 

  1. Laporan Kredit Koperasi (jika berkenaan)

 

  1. Carian Status Kebankrapan Individu, Jabatan Insolvensi Malaysia

 

  1. Borang Layak dan Sesuai

 

  1. Borang APDP

 

  1. Borang Persetujuan (Verity Intelligence)

 

*Bagi perwakilan koperasi, sesalinan Cabutan Minit Mesyuarat Lembaga yang bersetuju dan membenarkan pencalonan sebagai perwakilan koperasi dan Anggota Lembaga perlu disertakan.

 

*Bagi calon Lantikan MAPT, sekeping gambar perlu disertakan untuk dipaparkan ketika proses undian sekiranya penentusah diluluskan oleh SKM.

 

  1. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke alamat berikut bermula dari 28 Januari 2025 (Selasa) jam 12.00 tengahari:

 

Setiausaha Co-opbank

Co-opbank Pertama

No. 27, Tingkat 5, Wisma JCBNext

Lorong Medan Tuanku 1

Off Jalan Sultan Ismail

50300 Kuala Lumpur

 

  1. Berikut adalah syarat-syarat untuk menjadi calon Anggota Lembaga CBP lantikan MAPT bagi sesi 2025/2026:

 

  1. Dalam menentukan sama ada seseorang anggota layak dan sesuai untuk dilantik sebagai Anggota Lembaga, kriteria yang berikut hendaklah diambil kira:

 

    1. Kejujuran, reputasi dan integriti peribadi;
    2. Keupayaan dan kompeten;
    3. Integriti kewangan; dan
    4. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dalam salah satu bidang berikut:

 

  1. Perakaunan dan Kewangan;
  2. Falsafah, Prinsip dan Perundangan;
  3. Pentadbiran Perniagaan dan Pemasaran;
  4. Perbankan;
  5. Teknologi Maklumat;
  6. Pengurusan Strategik;
  7. Pengurusan Risiko dan Pematuhan;
  8. Pengurusan Pelaburan; atau
  9. Lain-lain bidang berkaitan yang diiktiraf.

 

  1. Tiada seorang perwakilan pun layak menjadi Anggota Lembaga atau kekal sebagai seorang Anggota Lembaga, jika dia─

 

  1. Mempunyai tunggakan bayaran melebihi tiga (3) bulan dengan mana-mana institusi kewangan atau koperasi;
  2. Mempunyai sebarang pembiayaan dengan CBP;
  3. Terikat dengan mana-mana syarikat atau koperasi yang diisytiharkan perintah penggulungan;
  4. Mempunyai apa-apa rekod kesalahan atau disiplin daripada mana-mana badan berkanun atau mana-mana badan yang diiktiraf atau bertauliah;
  5. Telah dipecat sebagai seorang pegawai Co-opbank atau koperasi;
  6. Menjadi anggota Jawatankuasa Audit Dalaman bagi Co-opbank;
  7. Ada percanggahan kepentingan diri dalam mana-mana aktiviti yang diusahakan oleh Co-opbank ini; dan
  8. Memegang lebih daripada lima (5) jawatan sebagai Anggota Lembaga di koperasi/syarikat lain.

 

  1. Seseorang calon ALK hendaklah mempunyai syer tidak kurang daripada RM5,000.00 bagi perwakilan individu (termasuk anggota individu bukan perwakilan yang layak memohon mengikut syarat-syarat utama pengisian ALK di bawah Fasal 36(b) UUK CBP dan tidak kurang RM10,000.00 bagi perwakilan koperasi serta hendaklah sekurang-kurangnya genap tempoh dua (2) tahun telah diterima menjadi anggota CBP.

 

  1. Syarat-syarat utama kelayakan Calon ALK di bawah Fasal 36 (b) UUK CBP adalah seperti berikut:
  1. Mempunyai kelulusan minima diperingkat ijazah sarjana muda dalam bidang kewangan (perbankan/ insurans/ takaful/ pelaburan) atau undang-undang. Keutamaan adalah kepada calon yang memiliki kelayakan profesional dalam mana-mana bidang yang dinyatakan; dan
  2. Minimum lima (5) tahun pengalaman bekerja diperingkat pengurusan atasan dalam bidang kewangan (perbankan/ insurans/ takaful/ pelaburan) atau undang-undang.

 

  1. Walau bagaimanapun, syarat di atas adalah tertakluk kepada arahan dan garis panduan sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, Co-opbank hendaklah sebelum pelantikan atau pelantikan semula mana-mana Anggota Lembaga, mendapatkan penentusahan terlebih dahulu daripada Suruhanjaya.

 

  1. Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 Februari 2025 (Rabu) jam 12.00 tengahari.

 

  1. Hanya borang permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat kelayakan sahaja yang akan dipertimbangkan.

 

  1. Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi 1-300-88-7650 atau e-mel kepada jabatan.setiausaha@cbp.com.my.

 

Setiausaha Co-opbank

Co-opbank Pertama